Genap 4 bulan dan on target

November 23, 2016

Salam semua

Hari ini genaplah umur Iqbal 4 bulan. Pagi tadi saya bawak dia pergi check up. Bulan lepas berat dia 6.8kg. Hari ni dah 7.2kg, naik tak sampai setengah kilo pun. Nasibla nurse tak kata apa, cuma tanya campur ke tak jer. So far, alhamdulillah saya masih berjaya beri Iqbal susu EBM sepenuhnya. Ada dalam masa 2-3 minggu lepas hampir putus asa jugak sebab susu tak nak keluar.



Saya asalnya agak ralat la kalau Iqbal cuma dapat fully bf sebelum 4 bulan sebab masa Irsyad dulu genap 4 bulan barula saya mula campur. Tapi alhamdulillah, kali ni masih ada rezeki untuk Iqbal, berkat guna pam letrik. Dulu guna pam manual jer, so agak penatla nak pam kalau susu dah tak keluar. Tapi bila guna pam letrik ni, walaupun mula-mula susu dah stop, lama-lama susu tu akan keluar jugak balik. Jadi, sangat membantula penggunaan pam letrik ni pada saya.

Tapi apa-apa pun saya berharap dapat beri Iqbal fully bf sekurang-kurangnya sehingga dia 6 bulan. Kalau dapat lebih dari tu adalah lebih baik sebab saya berhajat untuk teruskan bf sehingga umur 2 tahun tanpa perlu topup dengan susu formula.

You Might Also Like

2 comments

  1. moga iqbal sihat ye darling :)
    da comel sgt dah tu.
    dpt bf sampai 2 thn, memang best la iqbal...

    ReplyDelete
  2. kenapa buat uka terkejut tu heheh

    ReplyDelete

jangan lupa tinggalkan jejak korang di sini yer...

Instagram