Selamat Hari Lahir yang Pertama untuk Muhammad Iqbal

July 24, 2017

Semalam hari lahir Iqbal yang pertama. Alhamdulillah, dah setahun umur dia. Pagi semalam kebetulan ada program jamuan raya bersama anak yatim di Sg. Merab. So pagi tu kami beraya di sana jer. 



Masa ni saya sebenarnya nakla meraikan anak-anak yatim ni tapi masalahnya saya tktau beza mana satu anak yatim masa satu bukan. Haha, diorang pakai baju lain-lain so saya takut nak tegur. Salah orang nanti. Masa jamuan tu, adalah jugak diorang celebrate hari jadi anak-anak yatim yang lain yang birthday diorang jatuh pada bulan ni. Diorang dok tanya-tanya jugak la birthday siapa lagi. Tapi saya dan husband senyap jerla. Taknak inteprem plak kan. Biarla raikan budak-budak tu jer.

Lepas balik dari jamuan tu, masing-masing dah kepenatan. Kami anak-beranak tertidur dalam kereta. Saya terjaga pun bila husband berhenti kat Tesco untuk beli kek. Asalnya nak beli kek potong-potong tu jer sebab budak-budak ni bukan makan sangat. Tapi husband cakap nak bagi kat jiran sekali, so saya beli la sebiji.


Inila rupanya kek tu, cari mana yang ada jer. Ada yang coklat tapi kecik sangat. So ambil yang ini. Tapi bila dah potong, Idlan dan Irsyad tak makan pun. Idlan makan sikit, Irsyad kutip coklat yang atas tu jer. Dan tak sangka, birthday boy yang habiskan bahagian abang-abang dia dengan saya. Tapi krim dia manis sangat, so saya bagi Iqbal makan sponge kek tu jerla. Krim tu rasa sikit-sikt jer. Yang lebih tu saya buang. Sebab saya pening manis sangat. Hahaha.


Inilah budak debab yang kuat makan tu. Alhamdulillah, senang la jaga dia. Bagi jer apa-apa pun, semua dia tibai. Sebelum ni, saya la tukang perabih makanan yang abang-abang dia tak habiskan. Sekarang saya dah ada Iqbal ni, so dia la penolong saya sekarang. Hahaha. 

Selamat Hari Lahir yang pertama Iqbal sayang, moga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. 

You Might Also Like

1 comments

  1. sanah helwah adik Iqbal moga jadi anak soleh kebanggan keluarga,Insyallah

    ReplyDelete

jangan lupa tinggalkan jejak korang di sini yer...

Instagram